PKS perlu tampil kuasai teknologi, tarik pelabur

Penggiat-penggiat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan digesa untuk segera keluar dari zon selesa dan menyahut cabaran menguasai teknologi Revolusi Perindustrian Keempat yang dijenamakan oleh kerajaan sebagai Industry4WRD bagi menarik minat pelabur asing ke negara ini.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PKS perlu berada di barisan hadapan transformasi digital memandangkan rantaian nilai global dan geografi pengeluaran kini telah beralih arah ke rantau ASEAN.

โ€œAnjakan paradigma di kalangan PKS terutamanya melibatkan inovasi dan penyelesaian kreatif adalah penting dalam mendorong industri pembuatan ke hadapan dengan penglibatan 98.5 peratus syarikat perkilangan dan 42 peratus pekerjaan.

โ€Bagi mewujudkan ekosistem Industri 4.0, kedua-dua pemimpin industri dan pembekal bakat perlu memahami sepenuhnya dan mengguna pakai teknologi pengganggu ini. Untuk ketika ini, mereka wajib menerima pakai dan seterusnya perlu menguasai teknologi berkenaan,” katanya pada ucaptama Beyond Paradigm Summit 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), hari ini.

BPS-2019.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.