PUNB Ingin Bantu Lebih Ramai Usahawan Bumiputera - niagatimes.com

PUNB (Perbadanan Usahawan Nasional Bhd mempunyai sasaran dalam membantu usahawan Bumiputera yang memiliki perniagaan dalam segmen automotif atau perkakasan, memandangkan kurang permohonan pembiayaan daripada jenis perniagaan tersebut. Tan Sri Ali Rustam, Pengerusi PUNB berkata pada dua bulan pertama 2018, perniagaan dalam industri stesen minyak yang menerima pembiayaan tertinggi daripada PUNB kemudian diikuti oleh sektor pendidikan kanak-kanak serta penjagaan kesihatan.

Menurut beliau, terdapat 35,000 bengkel dalam sektor automotif di seluruh negara namun hanya 10 peratus atau 3,500 sahaja milik Bumiputera. Beliau meminta Pengurus PUNB negeri melakukan lawatan ke bengkel-bengkel kecil milik Bumiputera di seluruh kawasan bagi meningkatkan jumlah dari sektor itu. Tambah itu, beliau turut meminta pegawai bagi mengkaji demografi serta jumlah penduduk di dalam sesebuah DUN untuk mengetahui jumlah yang sesuai bagi bengkel kereta diwujudkan di kawasan tersebut. Setakat ini, PUNB telah menyalurkan RM48 juta dana perniagaan kepada 352 usahawan Bumiputera dalam tempoh dua bulan pertama pada tahun 2018.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.