MED sedia bantu pertingkat kualiti kontraktor bumiputera

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bersedia membantu golongan kontraktor bumiputera untuk terus berdaya saing dalam industri melalui penganjuran pelbagai program pembangunan serta pelarasan fungsi yang akan diselia oleh agensinya.

Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) yang bernaung di bawah MED akan berperanan melaksanakan tugas-tugas bagi memperkasakan para kontraktor bumiputera.

Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, MED akan mempertingkatkan kualiti kontraktor bumiputera dengan memantapkan lagi fungsi-fungsi BPKU.

“Kita berharap dapat mewujudkan kontraktor bumiputera yang berprestasi tinggi, tulen, kompeten dan berdaya saing dalam industri pembinaan negara.

“Justeru itu, kita akan memantapkan lagi fungsi-fungsi BKPU antaranya adalah pemusatan Sijil Taraf Bumiputera di mana kontraktor kerja, bekalan dan perkhidmatan diletakkan di bawah BKPU dan MED, pemantauan Dasar Keutamaan 30 peratus Bumiputera bagi perolehan kerajaan untuk semua kementerian dan agensi, memperkukuhkan program-program pembangunan kontraktor serta memantapkan fungsi inspektorat,” katanya pada Majlis Perasmian Pejabat Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia di Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Redzuan ketika hadir merasmikan Pejabat Kontraktor Bumiputera Malaysia di Kuala Terengganu.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.