MTIB sasar lebih ramai usahawan perabot bumiputera

Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) menyasarkan lebih ramai penglibatan usahawan bumiputera dalam sektor eksport perabot berasaskan kayu setelah beberapa langkah memajukan kumpulan usahawan tersebut kini giat dilaksanakan.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan dan Komersial MTIB, Noor Laila Mohamed Halip berkata, pelbagai program dan sumbangan telah diberikan kepada usahawan bumiputera industri perabot bagi mendorong mereka menguasai aspek jualan, kewangan, pemasaran dan pengiklanan produk.

“Pihak kami telah mengambil inisiatif memberikan pinjaman mesin berteknologi tinggi kepada 50 usahawan bumiputera dari seluruh negara dan membantu mereka memperoleh dana Program Sokongan Pinjaman Bahan Mentah.  

“Selain itu, penganjuran program dan promosi seperti pameran ini juga diharap dapat membantu menyediakan platform kepada usahawan tersebut mempromosikan produk mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Perabot Berasaskan Kayu dan Gaya Hidup 2018 di Kuantan Parade, baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.