Vale, salah satu syarikat perlombongan terkemuka di dunia, berkolaborasi dengan Mysteel, salah sebuah syarikat media dalam industri komoditi dan penyedia perkhidmatan data terkemuka di Asia telah membawakan Asia Iron Ore Summit (AIOS) ke Kuala Lumpur buat julung kalinya.
Persidangan ini akan mengumpulkan syarikat-syarikat keluli, pertubuhan, serta pelombong-pelombong terbesar di rantau Asia Pasifik.
Dianjurkan kali pertama di Singapura pada tahun 2022, persidangan ini telah menjadi salah satu persidangan dalam industri besi and keluli yang terpenting di rantau ini. Rantau ini memainkan peranan penting dalam pasaran bijih besi global, dengan pengeluaran keluli di China dan India tahun lalu mencapai lebih daripada 60 peratus daripada jumlah pengeluaran tahunan dunia.
Asia Pasifik merupakan pasaran serantau yang penting bagi Vale yang telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2014. Menurut Leonardo Paiva, Pengurus Negara, Vale di Malaysia, persidangan ini merupakan platform bagi Vale untuk memupuk perbincangan aktif mengenai topik-topik penting untuk masa depan industri besi dan keluli di rantau ini, seperti dekarbonisasi dan kemampanan.
Asia Iron Ore Summit 2024 bakal berlangsung pada 22 hingga 24 Oktober di Hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur. Persidangan ini akan menampilkan pemain industri dari pengeluar keluli terkemuka di rantau ini, peniaga komoditi dan penganalisis, serta wakil dari beberapa syarikat perlombongan terkemuka di dunia.
Singapore Exchange Limited (SGX) akan menyokong acara ini sebagai rakan kongsi, manakala Metallurgical Council of China Council for the Promotion of International Trade (MC-CCPIT), South East Asia Iron and Steel Institute (SEAISI), Malaysian Iron and Steel Industry Federation (MISIF), dan Vale di Malaysia akan bertindak sebagai hos bersama.
-NIAGATIMES