MHE2019 medan usahawan eksport produk dan perkhidmatan halal

Penganjuran Ekspo Halal Malaysia 2019 (MHE 2019) oleh Kementerian Pembangunan Usahawan pada 24 hingga 26 Januari ini diyakini memberi manfaat kepada usahawan produk dan perkhidmatan halal tempatan dalam meluaskan pasaran masing-masing secara eksport.

Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, penganjuran ekspo halal susulan Memorandum Kerjasama (MoC) antara kerajaan Malaysia dan Jepun menjelang Sukan Olimpik Tokyo 2020 dan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 itu akan memberi pendedahan kepada usahawan berkaitan prosedur pensijilan halal di samping menarik minat pelabur asing.

“Ekspo ini akan memberi gambaran lebih jelas ke atas proses akreditasi dan pensijilan yang berkaitan untuk dipatuhi dalam usaha menjadi usahawan yang sedia untuk mengeksport.

“Kami berharap ia akan memberi manfaat kepada industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan usahawan untuk memajukan perniagaan di peringkat antarabangsa dan kami sentiasa komited untuk memastikan keperluan usahawan tempatan dengan memberikan khidmat sokongan keusahawanan yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas majlis prapelancaran MHE 2019 di Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) Cyberjaya, semalam.

Majlis Prapelancaran MHE2019.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.