Vinda SEA rasmikan hab serantau baharu di Malaysia buat 25 pasaran Asia

Vinda Asia Tenggara (Vinda SEA), sebuah unit Vinda International Holdings Ltd yang tersenarai di Hong Kong, secara rasmi telah melancarkan Hab Serantau Vinda SEA yang baharu, bertempat di Bandar Bukit Raja, perbandaran industri Selangor.

Fasiliti mega serba canggih baharu ini merupakan sebuah pelaburan bernilai lebih RM 600 juta yang terletak di tapak seluas 30 ekar dan merangkumi kilang pembuatan dua tingkat dengan menempatkan gudang bahan mentah, gudang barangan siap yang diautomasi, pusat pengedaran, Pusat Inovasi Vinda, serta blok pentadbiran enam tingkat.

Presiden Vinda Group Asia Tenggara, Su Ting Nee berkata, pelaburan lebih setengah bilion ringgit untuk menubuhkan Hab Serantau Vinda SEA ini menjadi mercu tanda komitmen Vinda kepada Malaysia dan negeri Selangor.

โ€œSebagai seorang rakyat Malaysia, saya sendiri bangga atas apa yang dapat kami sumbangkan buat negara ini. Dengan Hab Serantau Vinda SEA yang baharu ini, kami juga menjangkakan kapasiti pengeluaran bakal meningkat sebanyak 20 peratus.

โ€œDi masa akan datang, kami juga akan membangunkan sebuah lagi tapak seluas 20 ekar. Selain itu, pembangunan bakat tempatan adalah diutamakan, dan fasiliti baharu ini kini menempatkan lebih 1,400 kakitangan yang terdiri daripada 99 peratus komuniti tempatan.

โ€œJusteru, kami mencipta lebih banyak lagi peluang pekerjaan dan punca pendapatan di Malaysia, di samping membawa produk yang lebih bermutu ke benua Asia,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Hab serantau ini akan memusatkan kepakaran dan aktiviti bernilai tinggi di Malaysia, sekaligus mengukuhkan lagi modal pengetahuan negara. Pembangunan ini juga membantu menjadikan Vinda Group lebih berdaya saing di peringkat global, dengan menggunakan teknologi termaju dan terkini yang menampilkan automasi berskala besar dan kecerdasan buatan (AI).

-NIAGATIMES

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.