Analog Devices lengkapkan pemerolehan ke atas Maxim Integrated

Analog Devices Inc. (ADI) baru-baru ini mengumumkan penyiapan bagi pemerolehan yang telah diumumkan sebelum ini ke atas Maxim Integrated Products Inc (Maxim).

Gabungan itu akan terus mengukuhkan kedudukan ADI sebagai sebuah syarikat semikonduktor analog berprestasi tinggi dengan pendapatan dua belas bulan terakhir melebihi $9 bilion, margin terkemuka industri, dan aliran tunai bebas melebihi $3 bilion pada asas pro forma.

“Hari ini merupakan satu peristiwa penting yang luar biasa bagi ADI dan saya sangat teruja untuk mengalu-alukan pasukan Maxim, yang berkongsi keghairahan kami untuk menyelesaikan masalah teknologi yang paling rumit bagi pelanggan kami,” kata Vincent Roche, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif.

“Dengan lebih 10,000 orang jurutera dan peningkatan kelebaran dan kedalaman bagi teknologi kami yang terbaik di dalam kelasnya, kami berada dalam kedudukan yang baik untuk membangunkan penyelesaian canggih yang lebih lengkap bagi pelanggan kami.

“Bersama-sama, kami akan memacukan gelombang inovasi semikonduktor analog yang seterusnya, sambil merancang sebuah masa depan yang lebih sihat, lebih selamat dan lebih lestari untuk semua,” katanya dalam satu kenyataan.

Di bawah syarat-syarat perjanjian muktamad itu, pemegang saham Maxim menerima 0.63 daripada saham biasa ADI bagi setiap saham biasa Maxim. Saham biasa Maxim tidak akan lagi disenaraikan untuk didagangkan di pasaran saham NASDAQ.

-NIAGATIMES

analog-device.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.