Brandstars Korea telah memilih wakil jenama bagi Gelombang Korea 2020 mengikut kategori yang akan diumumkan secara serentak di China dan Korea.
Brandstars Korea dalam satu kenyataan berkata, setiap jenama di dalam kategori yang menjadi bidang diminati dalam kalangan peminat Hallyu, Gelombang Korea dipilih melalui penilaian media dan pengguna diikuti dengan satu penyaringan muktamad oleh pakar-pakar.
“Memandangkan jenama-jenama itu mewakili setiap industri, Samsung Galaxy dari Samsung Electronics, Genesis dari Hyundai Motors, LG Electronics OLED TV dan TROMM, dan Bacchus dari Dong-A Pharm telah dipilih.
“Di dalam kategori membeli-belah, hiburan, permainan, dan pelancongan dan persembahan, The Shilla Duty Free, BTS, yang semakin popular di kalangan peminat di seluruh dunia, Lineage 2M dari NCSOFT, Wilayah Pentadbiran Sendiri Khas Jeju, dan Pertunjukan Air Langit Jeju masing-masing telah dipilih,” katanya.
Menurut Brandstars Korea, situasi pandemik kesihatan yang melanda dunia ketika ini jelas tidak menggugat jenama-jenama dari negara berkenaan untuk kekal relevan di pasaran negara luar.
“Walaupun terdapat kesukaran di dalam pertukaran antarabangsa disebabkan oleh penyebaran Covid-19, jenama-jenama yang mewakili Korea lebih disayangi oleh peminat di seluruh dunia menjangkau Asia berdasarkan kepada kuasa produk terbaik dan perkhidmatan cemerlang mereka,” jelasnya.
-NIAGATIMES