Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) memperkenalkan pelbagai program termasuklah Industry4wrd, IIOT PlugFest, MPC Go B.I.G Digital, Malaysia Virtual Experience (MyVXp) dan Digital Solution Directory bertujuan untuk mempercepatkan transformasi digital di kalangan pemain industri.
Ini seiring dengan sasaran peningkatan tahap produktiviti sektor ekonomi sebanyak 30 peratus menjelang tahun 2030 yang telah digariskan di bawah MyDigital.
Inisiatif-inisiatif yang menggunakan teknologi digital untuk meningkatkan produktiviti didokumentasikan dan dimuatnaik ke dalam satu pangkalan data MPC yang dikenali sebagai Benchmarking Online Networking Database (BOND) untuk disebarluaskan sebagai amalan terbaik yang boleh dicontohi di peringkat firma.
Kaedah ini dapat menggalakkan budaya produktiviti secara menyeluruh dan membantu memudahkan perniagaan beroperasi dengan lebih cekap.
Ketua Pengarah MPC, Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata, tidak dinafikan keupayaan untuk menguasai teknologi digital ini merupakan elemen yang sangat penting dalam memacu produktiviti negara, sekaligus menjadi enjin pertumbuhan ekonomi Malaysia.
โDalam aktiviti pengumpulan dan perkongsian amalan terbaik di kalangan pemain industri yang dilaksanakan oleh MPC, kebanyakan syarikat yang ditemuramah telahpun mula menerima pakai platform e-dagang.
โIni seiring dengan aspirasi Kerajaan untuk menggalakkan inisiatif menerima pakai e-dagang di kalangan 875,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana,โ katanya dalam satu kenyataan.
BOND boleh diakses melalui http//bond.mpc.gov.my.
-NIAGATIMES