ECOVACS ROBOTICS, peneraju bagi kategori Pembersih Hampagas Robotik Rumah (RVC), berkata bahawa permulaan musim jualan percutian kemuncaknya menyaksikan peningkatan besar seluruh dunia daripada pembelian dalam talian pada Black Friday dan 11.11, yang turut dikenali sebagai Hari Bujang di China.
Dua hari kelepasan itu menyempurnakan setahun pencapaian peluasan global untuk ECOVACS, yang menyaksikan langkah padu syarikat dalam tiga pasaran robotik utama dunia, iaitu China, Amerika Syarikat dan Jepun. Di Amerika Syarikat, ECOVACS berkolaborasi dengan penjual-penjual gedung besar utama negara untuk mengukuhkan kehadiran dan jualannya; awal Mei lalu, ECOVACS melancarkan hab jualan dan pemasaran APAC di Hong Kong; manakala pada September lalu, syarikat mengumumkan teknologi AI baharu inovatifnya untuk robot pencuci lantai di IFA 2018, Berlin pada bulan September.
Komitmen ECOVACS untuk berkembang ke peringkat global pada tahun 2018 telahpun menunjukkan keputusan yang cemerlang daripada jualan Black Friday di seluruh dunia dengan DEEBOT N79S daripadanya menjadi robot pembersih hampagas paling laris terjual dalam pasaran antarabangsa.
Di Amerika Syarikat, ECOVACS mencapai kejayaan besar dalam jualan omisaluran dan setakat ini, mencatatkan pertumbuhan jualan sebanyak 100 peratus semasa Black Friday pada tahun 2018. Di Eropah, pengguna di Jerman, Sepanyol, Itali, Perancis dan UK menggemari DEEBOT OZMO 930, yang mempunyai teknologi pemetaan termaju dan keupayaan memvakum dan mengelap yang hebat, dengan robot tersebut mendominasi kedudukan teratas dalam kategori produk pembersih hampagas robotik pemetaan untuk pasaran-pasaran ini. DEEBOT N79 merupakan satu lagi tumpuan utama di Jepun, meraih kedudukan sebagai Penjual Terlaris Amazon bagi kategori produk pembersih hampagas robotik.
Di China, musim jualan kemuncak bermula pada 11.11 (11 November) apabila syarikat mencapai rekod jualan sebanyak CNY700 juta. ECOVACS tersenarai sebagai jenama nombor satu bagi kategori produk pembersih hampagas robotik, menjadikannya sebagai salah satu daripada sepuluh syarikat perkakas rumah terbaik. Sementara itu, DEEBOT DJ35 merupakan robot pencuci lantai paling pantas yang mencapai jualan 100,000 unit bagi jualan 11.11.
“Kami mengkhusus dalam Kategori Pembersih Hampagas Robotik selama hampir 20 tahun dan kini pasaran tersebut memberi pulangan kepada kami dengan keputusan yang membuahkan hasil,” kata David Qian, Ketua Pegawai Eksekutif ECOVACS ROBOTICS.
“Di lebih sepuluh negara, ECOVACS ROBOTICS mencapai keputusan cemerlang bagi musim jualan percutian 2018 bagi hari 11.11 dan Black Friday, yang membuktikan bahawa ECOVACS ialah jenama terbaik dalam RVC untuk pengurusan e-dagang, sementara penyelesaian robotik inovatif kami telah membina reputasi kualiti yang kukuh dalam pasaran-pasaran seluruh dunia. Kami teruja kerana teknologi kami dapat membawa perubahan dalam kehidupan orang ramai, membantu mereka menjimatkan masa dan membolehkan mereka melakukan lebih banyak perkara yang mereka gemari.” – PR NEWSWIRE