Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bakal menerima manfaat Revolusi Perindustrian Keempat setelah dua syarikat gergasi digital iaitu Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) dan Microsoft Malaysia bersetuju menjalin kerjasama bagi menyediakan sebuah makmal teknologi khusus untuk faedah syarikat tempatan.

Ketua Pegawai Teknologi MIMOS, Thillai Raj Ramanathan berkata, sebuah platform yang menggabungkan Internet untuk Segalanya (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) akan didirikan dengan menggunakan teknologi Microsoft manakala tumpuan membangunkan penyelesaian yang bersesuaian pula dikendalikan oleh MIMOS.

“Syarikat yang ingin menjalankan penyelidikan dan pembangunan teknologi bukanlah semuanya mampu membiayai kos yang tinggi. Oleh sebab itu, MIMOS akan membangunkan sendiri bersama-sama teknologi Microsoft untuk membolehkan PKS dan usahawan muda mengaplikasikan AI dalam perniagaan mereka.

“MIMOS memilki kepakaran dalam perkara ini dan berhasrat melihat lebih banyak teknologi serta inovasi daripada industri tempatan selepas ini,” katanya pada majlis memeterai memorandum persefahaman (MoU) antara MIMOS dan Microsoft di Auditorium MIMOS Berhad, semalam.

PKS bakal terima makmal teknologi MIMOS Microsoft.jpg