Sebuah syarikat teknologi maklumat (IT), Wilstech IT Smart Solution yang ditubuhkan pada tahun 2016 meniti industri IT tempatan dengan cukup bersahaja. Pengasasnya, Wilson Low, meskipun tidak memiliki pengalaman luas dalam dunia IT, tampil dengan logik bisnes yang ideal untuk mendirikan serta mempelbagaikan lagi cabang pengkhususan IT bagi manfaat masyarakat.
Menurut Low, IT mempunyai kepentingannya yang tersendiri lebih-lebih lagi kepada generasi baharu di alaf serba moden kini. Atas dasar itulah dia tekad mahu mendalami ilmu IT yang dianggap menarik untuk diterokai memandangkan ia tiada sempadan dan sesuai untuk semua peringkat lapisan umur.
โSaya tiada pengalaman pun dalam bidang IT. Minat ini sebenarnya timbul kira-kira 12 tahun yang lalu. Sekitar tahun 2008 dahulu pada waktu itu saya sedar bahawa IT bukan sekadar boleh diteroka malah mempunyai potensi untuk berkembang.
โKemudian setelah tamat pengajian, saya bekerja di sebuah syarikat perkhidmatan pelanggan. ย Secara berperingkat juga perlahan-lahan saya terlibat dalam operasi syarikat yang sama. Tetapi ia tidak menghalang saya untuk merealisasikan hasrat bangunkan syarikat IT sendiri. Bayangkan, Wilstech IT Smart Solution ini tertubuh ketika masih bekerja dengan syarikat saya yang terdahulu,โ ย ujar Low.
Pada peringkat permulaan, syarikatnya hanya sekadar berurusan dengan skop perniagaan sebagai pembekal perkakasan, stesen kerja dan komputer riba untuk sektor kerajaan serta syarikat korporat sahaja. Tidak lama selepas itu Low tampil dengan idea baharu yang lebih segar.
“Syarikat saya mengalihkan fokus ke pembangunan laman web, aplikasi dan sistem. Terima kasih juga kepada pelanggan-pelanggan kami, kerana ia sebenarnya juga didorong berdasarkan permintaan mereka yang tidak henti-henti memberi galakan kepada kami,โ katanya.
Menurut Low, sesetengah orang mungkin beranggapan IT ini adalah bidang yang sukar. Bahkan pengalamannya sendiri tidak menafikan fakta itu. Atas dasar itulah juga menjadi keutamaannya dalam memahami kehendak dan keperluan pelanggan-pelanggan Wilstech IT Smart Solution.
“Bukan semua orang memahami bahasa IT. Jadi sebaik-baiknya, kami cenderung untuk menggunakan istilah umum dan ringkas untuk membimbing serta tunjukkan kepada mereka bagaimana kami dapat menyelesaikan masalah mereka,โ jelas Low, ringkas.
Bermula dengan hanya secara individu, kini syarikatnya berkembang membentuk pasukan seramai 12 orang. Low juga giat meluaskan operasi syarikatnya di segenap wilayah di Malaysia.
โKami berjaya buka sebuah cawangan di Johor Bahru pada tahun lepas kerana kebanyakan pelanggan Wilstech adalah dari Johor dan Singapura. Pelan pembikinan Wilstech di bahagian utara, iaitu Pulau Pinang masih diusahakan memandangkan situasi pandemik Covid-19 sekarang tidak mengizinkan. Kami juga berharap dapat takluk wilayah timur negara di suatu masa nanti,โ katanya.
-NIAGATIMES