RichWorks bakal kongsikan kepakaran bimbing usahawan Indonesia

RichWorks International Sdn Bhd (RichWorks) mengorak langkah ke depan dalam melihat kolaborasi bersama Kementerian Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia untuk membantu lebih 30 juta usahawan di sana.

Pengasasnya dan Mentor Usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan Osman berkata, perbincangan tersebut diadakan bersama Menterinya, Sandiaga Uno dilihat berjalan dengan lancar di ibu negara Indonesia, Jakarta, kelmarin.

“Alhamdulillah, pertemuan yang cukup bermakna meskipun waktu padat disebabkan program RichWorks sudah pun bermula yang bakal dihadiri sekitar 10,000 bangsa usahawan di Setia City Convention Centre (SCCC).

“Mudah-mudahan usaha kami ini, dapat berhasil untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan dan meningkatkan taraf ekonomi masyarakat keseluruhannya di Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan.

Program 10x Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang ditaja RichWorks sepenuhnya akan berlangsung pada hari ini dan esok.

Tambah Azizan, RichWorks sejak 2008 telah melatih dan bimbing sekitar 1.5 juta bangsa usahawan hingga melahirkan banyak testimoni kejayaan dan transformasi bisnes termasuk melahirkan usahawan jutawan.

“Anak didik kami bukan saja dalam negara, malah ada saja dari negara jiran, Indonesia, Singapura dan Brunei.

“Bahkan pada tahun lalu saja, dalam program ‘mentoring’ kami menghasilkan jualan keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion meskipun semasa pandemik,” jelasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd memberitahu, langkah itu merupakan salah satu perancangan syarikatnya dalam memperluaskan khidmat kepada lebih ramai bangsa usahawan bukan saja di dalam negara.

“Aspirasi dan perjuangan RichWorks selari dengan Azizan untuk membantu dan melihat kebangkitan usahawan terutama beragama Islam lebih berdaya saing, maju dan lestari di seluruh dunia khususnya di rantau Asia dengan keadaan yang penuh mencabar ini,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Kredit-foto-RichWorks.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.