Top Asia Corporate Ball 2018 rai 30 pemenang terbaik Asia

Penganjuran Top Asia Corporate Ball (TACB) 2018 oleh majalah Top 10 of Indonesia bersama-sama Top 10 of Asia Initiative dari Malaysia menyaksikan sebanyak 30 buah anugerah pelbagai kategori disampaikan kepada pemenang-pemenang terbaik dari Asia.

Afgansyah Reza (Anugerah Ikon Muzik Muda Asia)
Afgansyah Reza yang menerima Anugerah Ikon Muzik Muda Asia membuat persembahan pada malam itu.

Majlis anugerah edisi keenam tersebut yang dihadiri oleh ketua-ketua pegawai eksekutif, pemilik perniagaan, personaliti serta selebriti dari seluruh Indonesia dan Asia memperlihatkan tiga anugerah istimewa bagi pengiktirafan negara dimenangi oleh Malaysia (Negara Utama Asia bagi Penggemar Aneka Makanan), Thailand (Negara Asia dengan Pantai Percutian Terbaik) dan Indonesia (Negara Utama Asia bagi Kepelbagaian Budaya).

Dr. Anthony Dass (tengah) menerima Anugerah Ahli Ekonomi Terkemuka Asia
Dr. Anthony Dass (tengah) menerima Anugerah Ahli Ekonomi Terkemuka Asia

Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media, Datuk R. Rajendran berkata, penilaian bagi ranking yang dilakukan oleh penerbitan Top 10 menyaksikan pemenang terbaik berupaya menginspirasikan pencapaian mereka kepada orang lain untuk turut berjaya dalam bidang usaha mereka sendiri.

Ruth Sahanaya yang menerima Anugerah Legenda Muzik Asia mempersembahkan lagu Kaulah Segalanya.

โ€œPada waktu ini, inspirasi contoh yang baik dari seluruh rantau Asia sangat diperlukan dalam setiap arena kehidupan lebih dari sebelumnya dan saya percaya bahawa golongan seperti mereka perlu dikenali secara lebih meluas dan jauh. Bahagian utama cara hidup Asia dan kehebatannya yang luar biasa dalam semua kepelbagaian wajar ditonjolkan,โ€ katanya ketika berucap pada TACB 2018 di Hotel DoubleTree Hilton Jakarta, baru-baru ini.

Taufik Hidayat (tengah) menerima Anugerah Legenda Sukan Asia

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.