Usahawan, PKS dapat manfaat insiatif MEDAC bagi lanjutan moratorium dan bantuan bank

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) menyambut baik pengumuman Perdana Menteri berhubung lanjutan moratarum dan bantuan bank bersasar dengan memberikan keutamaan membantu usahawan serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terjejas perniagaan susulan daripada penularan wabak Covid-19.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kementeriannya bersedia untuk melaksanakan inisiatif terbaharu yang dapat memberi faedah kepada usahawan dan PKS yang terlibat.

“Salah satu inisiatif tersebut ialah lanjutan pemberian moratorium sekurang-kurangnya tiga bulan dan penjadualan semula ansuran bulanan kepada peminjam peminjam di bawah Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional), Bank Rakyat, Perbadanan Nasional Berhad (PNS) dan SME Bank secara ‘case by case basis’.

“Selain itu, pemberian moratorium yang diberikan secara automatik sebelum ini akan dipertimbangkan secara ‘case by case basis’ mengikut keperluan peminjam dan usahawan.

“Inisiatif berikutnya ialah kelonggaran syarat pemberian pinjaman atau geran melalui agensi MEDAC seperti SME Corp dan PNS akan dipertimbangkan bagi mengurangkan beban PKS dan membantu kelancaran aliran tunai untuk operasi perniagaan mereka,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Wan Junaidi, Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) juga akan melaksanakan pemberian moratorium dan bantuan bersasar kepada koperasi yang diberikan pinjaman bantuan kewangan dan geran pembangunan oleh pihak SKM secara ‘case by case basis’.

“Tidak terkecuali, SME Bank dan Bank Rakyat telah menurunkan kuasa untuk mempertimbangkan kelulusan pembiayaan ke peringkat negeri bagi memastikan pelaksanaan yang cepat dan menyeluruh.

“Selain itu, UDA Holdings Berhad (UDA) menawarkan lanjutan pengurangan sewa kepada penyewa selama tiga bulan di premis milik UDA secara ‘case by case basis’,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Menteri-MEDAC-Kredit-foto-Dato-Sri-Dr-Haji-Wan-Junaidi.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.