Negara-negara Asia Tenggara mengatasi kebanyakan rantau pasaran baharu lain dalam Indeks Pasaran Baharu Agility ke-11, sebuah tanda aras daya saing yang luas berdasarkan kekuatan logistik dan asas perniagaan.
Keadaan yang mesra perniagaan dan kekuatan teras meletakkan beberapa negara Asia Tenggara di kedudukan teratas indeks tersebut, di belakang negara gergasi iaitu China dan India.
Indeks ini meletakkan 50 negara mengikut faktor-faktor yang menarik minat pengusaha logistik, pengangkut barang, pengendali perkapalan, pembawa dan pengedar kargo udara. Di kalangan negara-negara ASEAN, Indonesia di kedudukan keempat, Malaysia kelima, Thailand kesembilan dan Vietnam kesebelas kini di kedudukan yang kukuh. Filipina pula berada di kedudukan ke-22 indeks tahun ini.
Naib Presiden Kanan Jualan dan Pemasaran Asia Pasifik Agility GIL, Andy Vargoczky berkata, kebergantungan rantau ASEAN pada pasaran eksport Eropah dan Amerika Utara semakin berkurangan kerana negara ASEAN semakin matang, mengintergrasikan, menggunakan lebih banyak dari apa yang mereka hasilkan, dan lebih bergantung kepada perkhidmatan untuk perkembangan ekonomi dan peluang kerja.
“Prestasi negara-negara ASEAN adalah baik, walaupun berada dalam tempoh ketidakpastian global. Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam berada dalam atau dekat dengan kumpulan 10 teratas, dan kepentingan mereka dalam rantaian bekalan dan pengangkutan global terus berkembang,” katanya.