Bank Rakyat sedia pelbagai inisiatif bantu PKS, koperasi dan usahawan mikro

Bank Rakyat mengambil langkah proaktif dalam membantu individu dan perniagaan yang terjejas daripada kesan ekonomi akibat pandemik Covid-19 yang berterusan dengan menawarkan pelbagai bantuan kewangan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, antara inisiatif yang ditawarkan agensi kementeriannya itu adalah pembiayaan khas sehingga RM300,000 untuk membantu usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan koperasi serta RM50,000 bagi pembiayaan mikro untuk tempoh 69 bulan dengan penangguhan bayaran pembiayaan selama sembilan bulan.

โ€œDi samping itu, Bank Rakyat turut menawarkan pembiayaan keseluruhan berjumlah RM50 juta untuk usahawan wanita melalui pakej Biz Lady.

โ€œProgram khas ini membantu usahawan wanita mengurangkan masalah aliran wang tunai jangka pendek dan mengekalkan kelangsungan perniagaan.

โ€œKempen ini diharap dapat membantu usahawan dan koperasi mengekalkan kesinambungan perniagaan masing-masing dan dapat melonjakkan semula ekonomi negara sepanjang tempoh yang mencabar semasa Covid-19,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah Wan Junaidi, Pembiayaan Peribadi-i melalui kempen โ€˜Kami Bersama Andaโ€™ berjumlah sehingga RM200,000 dengan kadar keuntungan serendah 2.78 peratus setahun bagi tempoh 10 tahun turut dilaksanakan sejak 24 April sehingga 30 Jun 2020.

โ€œSekiranya pelanggan mempunyai barang kemas dan memerlukan wang tunai segera, Bank Rakyat turut menawarkan Pajak Gadai-i Ar-Rahnu dengan jumlah pembiayaan sehingga RM350,000, margin pembiayaan sehingga 80 peratus bagi tempoh pembiayaan sehingga 18 bulan,โ€ jelasnya.

Wan-Junaidi-tengah-Kredit-foto-MEDAC.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.