CIMB Group sedia dana RM2 bilion untuk PKS

CIMB Group melalui anak syarikat CIMB Bank Berhad dan CIMB Islamic Bank Berhad bersedia menyalurkan dana pembiayaan sebanyak RM2 bilion khusus untuk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang berkelayakan.

Pengerusi CIMB Islamic Bank, Datuk Mohamed Ross Mohd Din berkata, dana yang akan disalurkan melalui skim Jaminan Portfolio-i CGC berkenaan terlebih dahulu telah disepakati hasil perkongsian strategik kumpulan banknya bersama Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC).

“Skim pembiayaan itu bakal menyaksikan CIMB Bank dan CIMB Islamic mengagihkan sehingga RM2 bilion melalui Jaminan Portfolio-i, pembiayaan modal kerja Islam yang melibatkan 70 peratus daripada jumlah pinjaman dijamin CGC tanpa cagaran.

“Jumlah pembiayaan adalah sehingga RM1 juta bagi setiap pelanggan dengan kadar tempoh maksimum selama tujuh tahun,” katanya pada Majlis Pemeteraian Perkongsian Strategik CIMB dan CGC di Kuala Lumpur, hari ini.

Ross Mohd Din.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.