Elak rugi perniagaan dengan manfaatkan pengurusan data

Jika melihat kepada kemajuan teknologi yang semakin berkembang pesat, terdapat pelbagai aplikasi pengurusan data yang berupaya memudahkan urusan harian termasuklah bidang perniagaan. Tetapi malangnya, masih ada sebilangan besar kumpulan pengusaha tidak mahu memanfaatkan kelebihan berkenaan.

Menurut seorang pakar data yang juga pengasas Centre of Applied Data Science (CADS),
Sharala Axryd, kebanyakan usahawan terutamanya dari Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) akan kehilangan lima peratus hasil perniagaan tahunan mereka di mana sekiranya tidak dibendung dalam tempoh jangka panjang boleh mengakibatkan perniagaan ditutup.

“Kumpulan usahawan terbabit mungkin tidak sedar dunia kini telah bergerak ke arah
pendigitalan dan mereka perlu beralih ke arah itu jika mahu meneruskan kelangsungan hidup.

Mereka tidak boleh selesa dengan cara tradisional seperti manual kerana boleh jadi berlakunya kesilapan manusia yang mengakibatkan ketirisan hasil,” katanya.

Justeru itu, usahawan-usahawan PKS diingatkan supaya segera mengguna pakai platform
ekonomi digital seperti e-dagang, pembayaran mudah alih, perisian automasi dan data raya dalam perniagaan mereka bagi mengelakkan kerugian ini daripada berlaku kelak.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.