Kempen AmRewards AmBank tawar penyertaan, bonus berganda sempena Hari Kebangsaan

Bersempena dengan Hari Kebangsaan, pemegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq AmBank akan menikmati nilai gandaan berserta dengan 31 penyertaan tambahan untuk setiap kenaikan RM10,000 di dalam Baki Purata Bulanan (BPB).

Tawaran ini tersedia bermula dari 1 Ogos 2021 sehingga 31 Ogos 2021 menerusi kempen AmRewards Booster Merdeka.

Pengarah Urusan Perbankan Runcit AmBank, Aaron Loo berkata, “Menjelang sambutan perayaan hari kebangsaan yang kian hampir, kami ingin mengambil kesempatan untuk mengingatkan pelanggan kami serta membantu mereka mencapai matlamat simpanan mereka sama ada bagi kegunaan peribadi atau sebagai persiapan untuk bersara. Saya berharap agar kempen ini akan membolehkan kita berinteraksi dengan pelanggan dengan cara yang unik dan menarik.”

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee berkata, “Kempen ini bertujuan untuk menggalakkan pelanggan kami meningkatkan simpanan mereka di dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan pada masa yang sama menambahkan peluang mereka bagi memenangi hadiah wang tunai dengan memperbanyakkan pengumpulan penyertaan melalui Kempen AmRewards.”

Promosi ini adalah inisiatif ‘booster’ yang terakhir bagi Kempen AmRewards, yang akan tamat pada 31 Ogos 2021. AmBank Islamic juga akan terus memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggannya, sambil memupuk simpanan melalui Akaun Simpanan-i AmWafeeq.

Sepanjang tempoh kempen ini berlangsung, lebih dari 260 pemenang telah menerima ganjaran pada bulan Januari sehingga Jun. Hadiah wang tunai sebanyak RM372,000 masih boleh dimenangi pada bulan terakhir kempen ini, dengan Hadiah Utama sebanyak RM240,000 yang akan dibayar sebanyak RM20,000 setiap bulan, selama 12 bulan.

Pelanggan yang memperolehi baki tertinggi dalam Akaun Simpanan-i AmWafeeq akan mendapat lebih banyak penyertaan sekaligus meningkatkan peluang mereka untuk memenangi hadiah wang tunai.

Bermula dari 1 Januari 2021 sehingga 31 Ogos 2021, Kempen AmRewards terbuka untuk semua pelanggan individu yang merupakan pemegang akaun utama dan memegang Akaun Simpanan-i AmWafeeq yang aktif.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen AmRewards, sila lawati www.ambankislamic.com.

-NIAGATIMES

AmRewardMerdekaCampaignBanner.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.