Program turun berat badan guna belon Elipse kini di Asia

Allurion Technologies, sebuah peneraju perintis di dalam pembangunan bagi pengalaman penurunan berat badan baru-baru ini mengumumkan kemasukan mereka ke Asia dengan pelancaran Program Elipse di Hong Kong, Malaysia, dan Singapura.

Berkembang di atas kejayaan mereka di Eropah, Timur Tengah, dan Amerika Latin, kemasukan syarikat itu ke Asia dapat memberi impak kepada kehidupan lebih satu bilion orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan atau kegemukan di sebuah rantau yang dari segi sejarah mempunyai akses yang terhad kepada rawatan penurunan berat badan yang tidak invasif.

Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Allurion, Shantanu Gaur berkata, syarikatnya telah memasuki fasa seterusnya bagi pengembangan pesat dengan pelancaran program penurunan berat badan di Asia.

“Kegemukan telah meningkat di Asia sejak beberapa dekad, tetapi pilihan rawatan yang benar-benar tak bergeseran tidak ada. Kami berhasrat untuk mengubahnya,” katanya.

Allurion sudah merawat lebih 25,000 individu di lebih 30 buah negara di seluruh dunia dengan program penurunan berat badan Allurion 360 darjah mereka.

Menurut satu kajian yang dikeluarkan oleh Institut Bank Pembangunan Asia, lebih dari 40 peratus orang dewasa di Asia mempunyai masalah berat badan berlebihan atau kegemukan, satu peningkatan hampir 20 peratus dalam tempoh hanya 20 tahun yang lalu.

Sementara itu, Dr. Kirubakaran Malapan dari Hospital Gleneagles Pulau Pinang berkata, ketibaan belon Elipse di hospitalnya adalah merupakan satu detik bersejarah untuk mereka yang terlibat.

“Saya sangat yakin bahawa ini akan menjadi satu pilihan rawatan yang menarik di dalam usaha kita memerangi kegemukan,” ujarnya.

-NIAGATIMES

Belon-Elipse.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.