Bazar Jualan Harga Patut untungkan usahawan dan rakyat

Bazar Jualan Harga Patut yang julung kali diperkenalkan Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bersempena sambutan Aidilfitri diyakini menjadi penyelesaian terbaik kepada golongan usahawan dan rakyat dalam menguruskan jualan serta perbelanjaan pada musim perayaan.

Menteri MED, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, situasi menang-menang melibatkan usahawan dan masyarakat melalui penglibatan pada bazar tersebut bukan sahaja menguntungkan kedua-dua pihak malah bukti keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka menangani kos sara hidup.

“Ini satu usaha untuk meringankan bebanan kos sara hidup rakyat. Ia lebih kepada inisiatif membuka peluang dan ruang kepada usahawan untuk memasarkan produk serta barangan secara terus kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Bazar Jualan Harga Patut MED 2019 di Kompleks Perbadanan Putrajaya, kelmarin.

Tambah Redzuan, konsep bazar itu juga akan diperluaskan ke seluruh negara melalui penubuhan pusat runcit dan borong oleh Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) serta agensi-agensi di bawah kementeriannya kelak.

Bazar-Jualan-Harga-Patut-Kredit-foto-MED.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.