BMAI perkenal GCARBON TURBO 4, kasut perlumbaan berplat karbon

BMAI, jenama larian profesional, memperkenalkan GCARBON TURBO 4, kasut perlumbaan marathon berplat karbon flagship yang direka untuk pelari kompetitif, khususnya mereka yang menyasarkan catatan peribadi (PB) di bawah tiga jam 30 minit.

Menurut BMAI, model terbaharu itu menggabungkan plat karbon penuh T1000 bersama teknologi busa superkritikal nilon BoomMAX Evonik yang dinaik taraf bagi menghasilkan daya tolakan responsif serta pemindahan tenaga yang lebih lancar.

Reka bentuk tapak tengah yang dilebarkan sebanyak 4 milimeter pada bahagian hadapan dan enam milimeter di bahagian tengah pula bertujuan meningkatkan kestabilan ketika pelari mengekalkan rentak dalam jarak jauh.

Kasut berkenaan turut dilengkapi lidah satu bahagian yang fleksibel, bahagian atas woven mesh untuk pengudaraan serta tapak luar Cast PU bagi memberikan cengkaman di permukaan jalan kering dan basah.

GCARBON TURBO 4 mempunyai berat kira-kira 135 gram bagi saiz 37 dan 172 gram bagi saiz 41, dengan drop 4.5 milimeter.

Ketua BMAI Malaysia, Hunter Wang berkata, pembangunan kasut itu memberi tumpuan kepada keperluan pelari untuk mengekalkan langkah yang stabil dan terkawal ketika mengejar prestasi terbaik.

Dalam pada itu, BMAI Malaysia kini bekerjasama dengan 12 atlet serta memperkenalkan program ‘Road to KLSCM’ PB yang menghimpunkan 30 atlet elit, pencipta kandungan dan pelari komuniti.

BMAI turut mempunyai tiga BMAI Runner House di Kepong, Setapak dan Seberang Jaya, selain menyasarkan kerjasama dengan kira-kira 200 kelab larian di seluruh negara.

GCARBON TURBO 4 dijual pada harga rasmi RM629, namun ditawarkan pada RM499 sepanjang bulan pertama pelancaran. Pembelian menerusi Shopee dan TikTok rasmi BMAI Malaysia pada minggu pertama turut menerima sepasang stokin larian bernilai RM39 secara percuma.

-NIAGATIMES

BMAI-launch-1.jpg