Carsome PJ Automall tawar pengalaman baharu serba canggih untuk pembeli kereta

Platform e-dagang kereta bersepadu di Asia Tenggara, Carsome telah menambah baik pengalaman membeli kereta sedia ada melalui pelancaran Carsome PJ Automall.

Carsome PJ Automall merupakan pusat pengalaman Carsome terbesar di Malaysia setakat ini dan pertama yang dilengkapi dengan stesen pengecas kenderaan elektrik.

Carsome PJ Automall memberikan para pelanggan pengalaman pembelian kereta yang lebih baik iaitu daripada melihat, memilih, hingga memandu uji.

Para pelanggan boleh melengkapkan pembelian melalui kemudahan kewangan yang disediakan di Automall, di mana permohonan pinjaman berupaya diproses dan diluluskan dalam masa satu hari.

Kemudahan tambahan termasuklah perkhidmatan estetik kereta seperti perincian dan pemasangan cermin gelap untuk kereta yang baru dibeli juga disediakan.

Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Carsome, Eric Cheng berkata, Carsome PJ Automall menyasarkan untuk meningkatkan pengalaman pembelian kereta pelanggan dengan menawarkan kemudahan dan keselesaan di bawah satu bumbung.

“Pelancaran Carsome PJ Automall akan mengukuhkan tawaran hibrid dalam talian ke luar talian kami dan meningkatkan pengalaman pelanggan kami.

“Motivasi kami adalah untuk menjadikan pusat pengalaman ini sebagai pusat gaya hidup, di mana pelanggan boleh menikmati proses membeli kereta, dan lebih penting, menyerahkan kebimbangan dan kerumitan proses kepada pasukan kami yang berdedikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Carsome PJ Automall yang terletak di Lebuhraya Persekutuan di bilik pameran ikonik Naza Automall menempatkan ruang seluas lebih 100,000 kaki persegi yang boleh memuatkan lebih daripada 200 buah kereta daripada model SUV, MPV, 4×4, sedan, ‘hatchback’ hingga ke segmen kereta mewah.

-NIAGATIMES

kredit-foto-Amirudin-Shari.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.