Dasar Keusahawanan Nasional bakal dilancar 11 Julai

Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) bakal melancarkan Dasar Keusahawanan Negara pada 11 Julai nanti dengan 21 objektif strategik bagi pembangunan aktiviti keusahawanan negara menjadi fokus utama untuk dilaksanakan secara menyeluruh.

Ketua Setiausaha MED, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi ketika berucap mewakili Menterinya, Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof berkata, usaha meningkatkan keupayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta usahawan melalui dasar tersebut akan melibatkan rangka kerja keusahawanan yang komprehensif dan holistik.

“Agensi-agensi di bawah kementerian juga terlibat di Pusat Sehenti Keusahawan dalam membantu usahawan yang berhadapan dengan isu-isu ketika menjalankan perniagaan.

“Gerakan koperasi diseru meningkatkan keusahawanan dalam kalangan anggota koperasi melalui penglibatan aktiviti keusahawanan yang boleh diusahakan dengan melibatkan anggota secara individu. Koperasi pula bertindak sebagai pusat pengumpulan dan pemasaran produk usahawan,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Penjenamaan Institut Koperasi Malaysia (IKM) di Auditorium Datoโ€™ Abdul Majid IKM Selangor, kelmarin.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.