Ingin tawaran ‘pan-tastic?’ Jangan tunggu lagi kerana Foodpanda Malaysia kini menawarkan beberapa promosi menarik menerusi pelan langganan bulanan mereka, Pandapro.
Bermula sekarang hingga 30 Jun 2022, pelanggan hanya perlu mendaftar pelan langganan Pandapro untuk menebus langganan percuma selama dua bulan dan rebat RM50 yang akan dikreditkan secara automatik ke dalam dompet baucar anda.
Pengarah Komersial Kanan Foodpanda Malaysia, Jay Ar Juan berkata, pihaknya gemar berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan para pengguna Foodpanda setiap hari.
“Terutama sekali sekarang di mana lebih ramai rakyat Malaysia telah mula kembali ke pejabat, mereka akan disajikan dengan pelbagai pilihan diskaun menarik daripada Pandapro apabila mereka membuat pesanan makanan dan juga barangan runcit. Itulah yang kami namakan sebagai tawaran ‘pan-tastic’!” katanya dalam satu kenyataan.
Untuk menebus langganan percuma selama dua bulan berserta rebat RM50, pelanggan perlu klik pada tiga garis melintang di sebelah alamat masing-masing dalam aplikasi Foodpanda.
Kemudian, klik pada ‘Langganan’ untuk dapatkan pelan pilihan dengan membayar jumlah yang ditetapkan dan teruskan dengan memilih tambah kaedah pembayaran.
Jangan tunggu lagi! Dapatkan pelan langganan sekarang dengan hanya RM8.90 sebulan atau dapatkan lebih banyak lagi penjimatan apabila anda melanggan pelan jangka panjang RM6.90 sebulan selama 6 bulan atau RM4.90 sebulan selama 12 bulan.
Jangan lepaskan peluang untuk menikmati tawaran-tawaran hebat setiap kali pesanan melalui aplikasi Foodpanda.
-NIAGATIMES