INSKEN dorong lonjakan hampir RM3 juta hasil jualan usahawan melalui program IBBC

Program INSKEN Bumiputera Business Coaching (IBBC) menunjukkan hasil positif melalui lonjakan hasil jualan sebanyak RM2.6 juta dan 192 pekerjaan baharu berjaya dicipta dalam jangka masa empat bulan ia dilaksanakan melalui empat industri yang telah tamat.

Industri tersebut adalah 2 kohort kafe dan restoran, bakeri, serta percetakan dan servis berkaitan. Manakala Program INSKEN Start-Up Coaching mencatat 164 peratus peningkatan skor diagnostik dalam masa enam bulan program ini dijalankan.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick, hasil pencapaian keseluruhan Program IBBC ini mencatatkan 3.8 kali nilai gandaan daripada peruntukan dana yang telah diberikan oleh kerajaan.

โ€œProgram IBBC juga berjaya memajukan 12 perniagaan melalui penukaran status perniagaan daripada mikro kepada kecil,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata, agensinya menjalankan program mengikut keperluan usahawan dan memastikan keberhasilan sesebuah kursus adalah menjadi keutamaan.

โ€œMelalui program bimbingan seumpama ini, kami dapat mengukur pencapaian usahawan dan bukan sekadar menjalankan program seperti melepaskan batuk di tangga.

โ€œKejayaan usahawan juga telah memberikan suntikan semangat kepada INSKEN untuk kekal agresif dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan agar lebih ramai usahawan dapat memajukan perniagaan mereka,โ€ jelasnya.

Seramai 135 usahawan telah diraikan pada Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN 2023 di Bangi, semalam.

-NIAGATIMES

kredit-foto-Ewon-Benedick.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.