MMU ingin lahirkan lebih ramai usahawan belia

Universiti Multimedia (MMU) berhasrat untuk melahirkan lebih ramai usahawan belia melalui pelbagai program keusahawanan berikutan kejayaan penganjuran Pameran Idea e-Dagang dan Keusahawanan Antarabangsa 2019 (eBES2019) yang diadakan di kampus Melaka, baru-baru ini.

Naib Presiden (Penyelidikan dan Inovasi) MMU, Prof. Dr. Hairul Azhar Abdul Rashid berkata, program berbentuk keusahawanan tersebut sebagai contoh platform terbaik bagi mahasiswa mempersiapkan diri masing-masing dalam menampilkan idea perniagaan sebelum bergelar usahawan.

“eBES2019 menunjukkan kerjasama antara industri dan universiti adalah penting dalam menyokong visi Kementerian Pembangunan Usahawan untuk mewujudkan belia yang berdaya usaha,” katanya.

Lebih 800 mahasiswa daripada universiti Malaysia dan Indonesia telah menyertai eBES2019 termasuklah Universitas Mercu Buana Yogyakarta dan Universitas Islam Indonesia. Pada program yang sama, MMU juga menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Celcom dan SME Corp sebagai usaha kerjasama memupuk keusahawanan di kalangan pelajar universiti.

eBES2019-Kredit-foto-EBES-MMU.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.