Projek kereta nasional ketiga bakal menyusul

Penantian para peminat kereta tempatan yang berpegang teguh kepada prinsip ‘Belilah Barang Buatan Malaysia’ mahukan jenama baharu nampaknya akan berakhir tidak lama lagi setelah Institut Automotif Negara (MAI) memberi maklum balas positif tentang kebarangkalian memulakan projek kereta nasional ketiga.

Langkah itu dilihat tepat memandangkan perkembangan industri automotif semakin pesat meskipun berdepan cabaran ekonomi kerana ia dilihat berpontesi merancakkan lagi peluang pekerjaan di dalam pelbagai sektor seperti perniagaan, perkilangan dan perbengkelan.

Para jurujual serta usahawan kereta pula pastinya mahukan rekaan dan ciri-ciri canggih pada kereta nasional versi baharu nanti diaplikasikan bagi melariskan jualan dan menaikkan lagi komisen pendapatan selaras turut bantu menjana pertumbuhan ekonomi negara.  

Ketua Pegawai Eksekutif MAI, Datuk Madani Sahari tidak menolak kemungkinan produk kereta nasional ketiga mampu berdaya saing di pasaran sekiranya dilaksanakan nanti.

“Teknologi yang berkaitan dengan IT dan elektronik akan berkembang dengan pesat untuk menyediakan kenderaan yang sebegitu. Itu salah satu cabang penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang dapat dimajukan sekiranya kita ada kereta nasional,” katanya di dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel. 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.