Berita baik untuk warga Lembah Klang! Peruncit perkakas rumah Malaysia, Kumpulan MR.DIY (M) Berhad (MR.DIY), kembali dengan bazaar Merdeka yang dinanti-nantikan buat kali kedua, kali ini dengan tema ‘Bersama Satu Bazaar’.
Diadakan sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-68, ‘Bersama Satu Bazaar’ merupakan sebuah perayaan meriah yang mengetengahkan semangat perpaduan, kebanggaan dan keseronokan.
Untuk tahun ini, bazaar tersebut akan berlangsung di Tapak Parkir Terbuka Sunway Pyramid, memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk mengunjungi bazaar yang akan diadakan dari 29 Ogos hingga 1 September 2025 itu.
Acara selama empat hari tersebut akan menampilkan lebih 100 gerai dari para vendor makanan dan produk paling tular di Malaysia, serta penyertaan jenama-jenama di bawah kumpulan MR.DIY sendiri – MR.DIY, MR.TOY, dan MR.DOLLAR.
Para pengunjung boleh menikmati pelbagai hidangan tempatan kegemaran seperti roti canai, nasi lemak, laksa, kuetiau, burger, mi, pencuci mulut, serta pelbagai jenis minuman. Terdapat juga aksesori buatan tangan, kraftangan, alat tulis, kosmetik, pakaian, bunga dan banyak lagi.
Selain membeli-belah dan makanan, ‘Bersama Satu Bazaar’ turut menjanjikan pengalaman yang menyeronokkan dengan pelbagai permainan interaktif, bengkel kreatif dan persembahan kebudayaan serta kontemporari.
Keluarga dengan anak kecil juga boleh menikmati taman permainan inflatable dan petting zoo, menjanjikan keseronokan untuk pengunjung dari semua peringkat umur.
-NIAGATIMES





















































