Jimat kadar caj cukai jalan untuk kereta dengan keahlian Drive+ PolicyStreet

PolicyStreet, syarikat insurtech tempatan, melancarkan program kesetiaan pelanggan pertama mereka, Keahlian Drive+, bagi memberikan lebih penjimatan dan kemudahan untuk pemilik kereta.

Dengan Keahlian Drive+, pelanggan boleh menikmati pelbagai manfaat eksklusif, termasuk diskaun cukai jalan sehingga 80%, pengecualian caj pemprosesan, pelan ansuran fleksibel tanpa faedah, dan ganjaran kesetiaan.

“Keahlian Drive+ adalah usaha kami untuk memberikan lebih nilai kepada pelanggan. Kami akan terus menunaikan janji ‘Cukai Jalan Paling Murah di Malaysia’ dan melalui Keahlian Drive+, kami ingin membantu meringankan beban kewangan pemilik kereta dalam urusan cukai jalan dan insurans,” kata Yen Ming Lee, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PolicyStreet.

Dengan pelbagai manfaat, Keahlian Drive+ menjadikan pembaharuan cukai jalan dan insurans kereta lebih mudah dan mampu milik seperti berikut:

(1) Diskaun cukai jalan sehingga 80% (maksimum RM72)
Nikmati diskaun cukai jalan sehingga RM72 serta-merta selepas mendaftar sebagai ahli

(2) Pelan ansuran 0% faedah
Perbaharui insurans kereta dengan lebih mudah melalui pelan ansuran tanpa faedah

(3) Caj pemprosesan cukai jalan percuma
Jimat RM15 untuk pemprosesan cukai jalan, sama ada secara digital atau fizikal

(4) Keutamaan bantuan
Ahli akan diberi keutamaan dalam bantuan pembaharuan insurans kereta dan pertanyaan produk

(5) Ganjaran kesetiaan untuk pembaharuan insurans
Ahli layak mendapat diskaun RM20 untuk pembaharuan insurans kereta seterusnya

(6) Bantuan tuntutan insurans
Ahli akan menerima panduan langkah demi langkah untuk memudahkan proses tuntutan insurans kereta

Dilancarkan pada harga eksklusif RM39.90 (Harga Biasa: RM99.90), Keahlian Drive+ akan mula menggantikan promosi ‘Betul-Betul Cukai Jalan Paling Murah’ secara rasmi mulai 12 Februari 2025, jam 8 malam.

Sehingga itu, pelanggan masih boleh menikmati promosi sedia ada, termasuk cukai jalan percuma untuk model Proton dan Perodua terpilih serta diskaun sehingga 70% untuk model kereta lain tanpa keahlian.

Selepas pelancaran, Keahlian Drive+ akan menjadi kunci utama untuk menikmati diskaun cukai jalan dan pelbagai keistimewaan lain.

-NIAGATIMES

PolicyStreet-Roadtax.png