Rakuten Kobo perkenal Kobo Clara Colour versi putih klasik

Rakuten Kobo, peneraju global dalam pembacaan digital, hari ini memperkenalkan rupa baharu bagi salah satu peranti bacaan digital paling popularnya dengan pelancaran Kobo Clara Colour dalam warna putih.

Pilihan warna segar ini menambah sentuhan minimalis yang abadi pada rangkaian Kobo Clara Colour, sambil mengekalkan ciri-ciri menarik dan rekaan pintar yang digemari pembaca.

Untuk pencinta buku yang mahu peranti mereka menyerlahkan gaya peribadi, Kobo Clara Colour putih hadir dengan sentuhan elegan yang ringkas pada eReader berwarna paling mesra pengguna daripada Kobo.

Dengan akses kepada kedai e-buku Kobo yang menawarkan lebih lapan juta judul, integrasi perpustakaan lancar melalui Libby, perkhidmatan Instapaper untuk artikel web, serta langganan tanpa had Kobo Plus, pilihan bacaan anda benar-benar tiada batasan.

“Sejak kami melancarkan eReader berwarna kami, Kobo Libra Colour dan Kobo Clara Colour, pada tahun 2024, kami amat teruja melihat sambutan positif daripada pencinta buku di seluruh dunia. Permintaan ciri paling popular sejak pelancaran ialah ‘Clara Colour, tapi dalam warna putih!’ dan kami gembira kerana dapat memenuhi permintaan itu,” kata Michael Tamblyn, Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Kobo.

Kobo Clara Colour dalam warna putih akan mula dijual pada 23 September 2025 dengan harga MYR 799 di peruncit utama seperti All IT Hypermarket, Mono Digital, SNS Network dan lain-lain lagi.

-NIAGATIMES

Kobo-e-reader-white.jpg