Anugerah Antarabangsa Made For The World 2021 saksi kecemerlangan usahawan tempatan

NiagaTimes.com telah menganjurkan Anugerah Antarabangsa Made For The World 2021 yang bertemakan ‘Aspirations & Achievements of Economic Heroes, Source of Inspiration for All’.

Anugerah ini bukan sahaja untuk merai kecemerlangan syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dari pelbagai latar, malah menghargai segala komitmen yang telah diberikan mereka kepada kemampanan ekonomi Malaysia lebih-lebih lagi ketika negara dilanda pandemik Covid-19.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad yang mewakili Menterinya, Tan Sri Noh Omar.

Dalam majlis anugerah tersebut, Datuk Suriani berkata peranan PKS semakin penting dalam merencanakan masa hadapan ekonomi negara. Pihaknya akan memastikan segala usaha dan inisiatif Dasar Keusahawanan Nasional (DKN) 2030, termasuklah matlamat untuk melahirkan ‘bangsa usahawan’ terus dilaksanakan.

Terdapat sebanyak 10 kategori anugerah yang diwakili 60 syarikat telah menerima anugerah di majlis tersebut. Antara kategori anugerah pada hari itu termasuklah eksport, ‘e-commerce’, firma profesional, ‘Food & Beverage’, inovasi teknologi dan lain-lain anugerah di dalam beberapa kategori tertentu dan unik.

Bagi pengiktirafan tertinggi, International Category Award (Asia’s Trusted Brand of The Year in Dermatology and Laser Treatment), penerima anugerah tersebut ialah syarikat Klinik Pakar Kulit Ko Sdn Bhd. Syarikat ini diiktiraf berdasarkan khidmat dan sumbangan yang mengagumkan selama 24 tahun di dalam industri. Klinik Pakar Kulit Ko bukan sahaja mempunyai 35 cawangan di Malaysia, malah turut melakar nama di Singapura dan Indonesia.

Seorang lagi penerima anugerah tertinggi bagi Malaysia SME Category, Outstanding Aviation Training Organization Of The Year ialah Skyvax Sdn Bhd. Syarikat ini adalah sebuah organisasi latihan penerbangan yang berkembang pesat dengan cemerlang. Nilai jualan syarikat ini pada tahun 2020 mencecah RM11 juta. Selain unggul beroperasi di Malaysia dan Republik Czech, perkhidmatan syarikat ini turut digunakan di 27 negara Kesatuan Eropah (EU).

Lain-lain penerima anugerah termasuk:

Best Financial Technology Service Provider Of The Year
(Malaysia SME Category)
MTG Capital Sdn Bhd

Emerging Gloves Supplier Of The Year
(Malaysia SME Category)
Worldex Medic Supplies Sdn Bhd

Lifestyle Beverage Brand Of The Year
(Malaysia SME Category)
Bubblebee Sdn Bhd

Leading River Sand Miner & Exporter Of The Year
(Malaysia SME Category)
Asal Jasa Sdn Bhd

Most Innovative Photography Company Of The Year
(Malaysia SME Category)
Prestige Media Studios Sdn Bhd

Most Preferred Childcare & Kindergarten Operator For Workplace Centres
(Malaysia SME Category)
Krista Education Sdn Bhd

Promising Confectionary Products Manufacturer Of The Year
(Malaysia SME Category)
Magnovas Holding Sdn Bhd

Outstanding Innovative Technology Solutions Provider Of The Year
(Malaysia SME Category)
Altecflex Sdn Bhd

Sementara itu, Penasihat NiagaTimes.com, Emir Abdul Jalal berkata, melalui pemantauan serta analisis yang telah dilakukan oleh NiagaTimes.com, mereka mendapati bahawa usahawan PKS dan mikro di negara ini telah menarik perhatian ramai pihak luar dan kini tidak ketinggalan menunjukkan potensi yang mampu menandingi pemain industri antarabangsa.

Beliau berharap agar penganugerahan pada hari itu akan menjadi pembakar semangat serta motivasi kepada para usahawan untuk membangunkan ekonomi negara sehingga ke peringkat yang lebih tinggi, lebih-lebih lagi ketika negara sedang memasuki fasa pasca pandemik Covid-19.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Dato’ R. Rajendran, Ketua Pegawai Eksekutif RHA Media; Lee Seng Chee, Pengerusi CSR Malaysia dan Helis Muda; Pengarah PR Partners Asia Sdn Bhd.

Portal NiagaTimes merupakan penerbitan PR Partners Asia Sdn Bhd yang telah ditubuhkan sejak tahun 2013 lagi. Portal ini bertujuan untuk membantu masyarakat yang mempunyai minat dalam perniagaan melalui penyediaan maklumat secara menyeluruh mengenai perniagaan.

-NIAGATIMES

MFTW2021.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.