Carro, pasaran automotif dalam talian di Asia Pasifik dan platform kereta terpakai yang dipercayai di Malaysia, telah membuka dua bilik pameran Zeekr pertamanya di Bangsar, Kuala Lumpur dan Juru Autocity, Pulau Pinang.
Selain itu, dua lagi bilik pameran Zeekr dijangka dibuka menjelang akhir tahun.
Pelanggan yang mengunjungi Zeekr House di Juru Autocity boleh menikmati perkhidmatan 3S iaitu jualan, servis dan alat ganti (sales, service, spare parts) dalam ruang seluas lebih 12,000 kaki persegi.
Bilik pameran baharu itu akan menempatkan model utama Zeekr seperti 009 dan 7X.
Pada bulan Jun lalu, Zeekr melantik Carro sebagai pengedar sah terbarunya di Malaysia, dan menandatangani Memorandum Persefahaman di kedai utama Carro di Puchong.
Pelan perkongsian itu juga termasuk empat bilik pameran Zeekr baharu dan tiga bengkel Carro Care yang dikuasakan oleh Carro untuk menyokong usaha runcit dan penyelenggaraan.
Kerjasama dengan Zeekr ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi syarikat unicorn automotif itu sambil mereka berkembang ke jualan Kereta Baru.
Untuk membeli kereta Zeekr atau membuat tempahan, layari carro.co/zeekr atau kunjungi bilik pameran Zeekr di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
-NIAGATIMES




















































