Minggu PMKS 2023 Zon Utara buka tabir Minggu Usahawan Negara

Potensi nilai jualan berjumlah RM12 juta melalui sesi padanan perniagaan menjadi sasaran Minggu PMKS 2023 Peringkat Zon Utara yang diadakan di SP Arena, Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Program yang merupakan acara tahunan oleh SME Corporation Malaysia (SME Corp) ini diadakan bersempena dengan Minggu Usahawan Negara (MUN) anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan telah dirasmikan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, kelmarin.

Timbalan Menteri KUSKOP, Saraswathy Kandasami dalam ucapan aluannya berkata, tema โ€˜Sokong Lokal,
Sokong PMKSโ€™ diteruskan untuk Minggu PMKS tahun ini bagi meningkatkan sokongan serta menggalakkan orang ramai untuk hadir serta meraikan Minggu PMKS yang diadakan di seluruh negara.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corp, Rizal Nainy memaklumkan, penganjuran Minggu PMKS pada tahun lalu berjaya mencatatkan potensi jualan sebanyak RM69.7 juta melalui 578 sesi padanan perniagaan dan hasil jualan langsung sebanyak RM1.7 juta oleh PMKS yang telah menyertai pameran.

โ€œKita menjangkakan Minggu PMKS tahun ini akan mencapai sekurang-kurangnya RM70 juta potensi jualan daripada sesi padanan perniagaan di peringkat zon dan kebangsaan,โ€ ujarnya.

Minggu PMKS Zon Utara yang telah berakhir semalam berjaya menonjolkan keunikan dan kepelbagaian produk PMKS tempatan khususnya dari negeri Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Perlis antaranya makanan tradisonal seperti putu Perak, peneram dan pekasam melibatkan sebanyak kira-kira 90 reruai.

Minggu PMKS bermula dengan Zon Utara di Pulau Pinang diikuti dengan Sarawak, Zon Selatan di Melaka, Zon Pantai Timur di Pahang dan Sabah. Kemuncaknya adalah sambutan MUN dan Minggu PMKS 2023 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan dari 7 hingga 9 Julai 2023 di Jalan Raja, Dataran Merdeka.

-NIAGATIMES

kredit-foto-Senator-Saraswathy.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.