Setel je! Satu frasa yang sangat sinonim dengan rakyat Malaysia dan kita semua tahu maksudnya apabila sesuatu perlu diselesaikan dengan cepat dan mudah. Kini, Setel Ventures Sdn Bhd (Setel) menjadikan ungkapan harian ini sebagai simbol kemudahan digital menerusi kempen jenama terbarunya, ‘Setel je! Sekali tekan, semua jalan.’
Kempen ini meraikan semangat serta budaya Malaysia yang unik dengan menggabungkan frasa harian rakyat dengan teknologi dan inovasi tempatan untuk memudahkan segala urusan.
Sama ada mengisi minyak, membayar parkir, membeli-belah, memperbaharui cukai jalan atau mengumpul ganjaran, aplikasi Setel menjadikan semua urusan ini lebih pantas dan lancar, serta mendekatkan rakyat Malaysia kepada gaya hidup digital yang mudah.
Sejak penubuhannya, Setel telah menyokong visi negara ke arah masyarakat tanpa tunai dengan memberikan akses di lebih 1,000 stesen PETRONAS dan lebih 2.6 juta peniaga di seluruh negara. Lebih 9 juta rakyat Malaysia telah menggunakan aplikasi ini, membuktikan bahawa transaksi digital adalah selamat, mudah, dan meluas.
Apa yang bermula sebagai solusi pengisian minyak berteknologi pertama di Malaysia, kini menjadi aplikasi mobiliti menyeluruh yang memenuhi keperluan tempatan.
Dibangunkan oleh generasi muda Malaysia yang berdaya saing dikenali sebagai Setelnators, aplikasi ini terus berevolusi, daripada ciri Pengisian One-tap yang pertama seumpamanya di negara ini kepada pengalaman intuitif merangkumi pelbagai ciri untuk transaksi yang holistik.
Bagi memastikan keterangkuman, Setel Lite turut diperkenalkan untuk pengguna telefon Android lama dengan storan terhad, membuktikan komitmen Setel terhadap penggunaan digital untuk semua lapisan masyarakat.
Bagi mendekatkan kempen ini dengan rakyat, Setel akan mengadakan jelajah ‘Jom Setel je!’ di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka, Kuantan, Sabah dan Sarawak. Antara aktiviti menarik termasuk sesi interaktif bersama pasukan Setel dan pempengaruh popular, ganjaran eksklusif serta kerjasama khas bersama Kelab Bola Sepak Selangor untuk mendekati peminat bola sepak tempatan pada hari perlawanan.
Sebagai pelengkap kempen ini, sebuah video yang menghiburkan serta jingle yang menarik telah dilancarkan, memperlihatkan bagaimana ‘Setel’ digunakan dalam perbualan dan solusi harian, dengan menampilkan budaya tempatan serta teknologi moden seperti AI. Rakyat Malaysia juga dialu-alukan untuk sertai cabaran tarian media sosial menggunakan jingle tersebut dan berpeluang memenangi kredit e-Dompet.
Pengguna baharu Setel boleh menikmati pulangan tunai RM5 dengan memuat turun aplikasi Setel, mendaftar dengan kod c-5etel, dan mengisi minyak dengan jumlah terkumpul RM20 di mana-mana stesen PETRONAS. Sepanjang tempoh kempen, pengguna juga berpeluang memenangi hadiah wang tunai hanya dengan terus bertransaksi menggunakan Setel selepas isian minyak pertama.
-NIAGATIMES





















































