Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024

Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024 (MCS 2024), sebuah platform yang memfokuskan kepada perdagangan, pelaburan dan kolaborasi masa hadapan, telah dilancarkan secara rasmi bagi memperingati
ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China.

MCS 2024, yang berlangsung dari 17 hingga 19 Disember 2024 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), bertujuan untuk meletakkan Malaysia sebagai jambatan strategik bagi kerjasama ASEAN-China, khususnya dalam persediaan Malaysia untuk menjadi Pengerusi ASEAN pada tahun 2025.

Sidang kemuncak ini juga berperanan sebagai platform utama untuk mencipta pertumbuhan ekonomi dan peluang kerjasama antara kerajaan dan sektor perniagaan.

MCS 2024 dianjurkan oleh Qube Integrated Malaysia Sdn Bhd (Qube) dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), sebagai program utama dalam memperingati sambutan ulang tahun ke-50 di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Sepanjang tiga hari, MCS 2024 akan menampilkan pelbagai program dinamik yang direka untuk menginspirasi, menghubung, dan menggerakkan visi bersama bagi kerjasama dan pertumbuhan. Ekspo Perdagangan dan Pelaburan Antarabangsa bakal mengetengahkan peserta pameran pelbagai sektor serta delegasi perdagangan dari Malaysia, China, dan negara-negara ASEAN.

Pasaran yang dinamik ini akan menyediakan peluang untuk membentuk perkongsian strategik dan meneroka prospek pelaburan dalam sektor-sektor seperti teknologi digital, tenaga boleh diperbaharui, pembuatan mampan, dan banyak lagi.

Ekspo ini juga akan menonjolkan penyertaan kukuh dari industri China, termasuk pelbagai produk popular seperti perkakasan, perabot rumah, kelengkapan dalaman, bahan binaan, elektronik, gaya hidup & fesyen, serta seni & kraf.

Selain itu, beberapa acara sampingan, forum industri, dialog singkat, pertukaran MoU, dan pelancaran produk juga akan diadakan. Antara acara utama termasuk Forum EV Malaysia-China, anjuran bersama China EV100 dan MAYCHAM China dengan sokongan daripada rakan kongsi seperti MARii dan MyZEVA, yang akan memberikan pandangan mengenai transformasi kenderaan elektrik (EV) dan trend industri.

Di samping itu, Forum Perniagaan China-Malaysia akan diadakan dengan kerjasama Dewan Perdagangan Antarabangsa China, sementara acara-acara lain akan dianjurkan oleh Malaysian Consortium of Mid-Tier Companies (MCMTC), Komuniti CEO ASIA, dan Yingke Consulting Sdn Bhd.

Orang ramai dijemput untuk berkunjung ke ekspo dengan mendaftar di https://reg.malaysia-chinasummit.com.my/profile/visitor-register/.

-NIAGATIMES

kredit-foto-MATRADE.jpg