‘Telefon Parti AI’ Siri Realme 15 mesra belia dilancarkan

Realme, jenama telefon pintar global yang pesat berkembang, hari ini memperkenalkan Siri realme 15, memperkuatkan lagi barisan Siri Nombor terkemukanya.

Dijulang sebagai Telefon Parti AI, siri ini – menampilkan Realme 15 Pro dan Realme 15 – menggabungkan kecerdasan buatan (AI), sistem kamera luar biasa, dan prestasi unggul, menjadikannya pilihan utama dalam segmen telefon pintar pengimejan.

Pra-pesanan Siri Realme 15 telah bermula hari ini hingga 26 September di semua Kedai Jenama Realme seluruh negara, dengan jualan rasmi bermula pada 27 September. Pelanggan pra-pesanan berpeluang menikmati hadiah eksklusif bernilai sehingga RM1,346.

Realme 15 Pro bersinar dengan trio kamera 50MP luar biasa – kamera utama Sony IMX896 dengan OIS, lensa ultra-lebar 50MP, dan kamera swafoto 50MP, memberikan pengalaman pengimejan bertaraf dunia. Telefon Parti AI ini menawarkan rakaman video 4K60 fps yang memukau serta Foto Hidup 2K pada ketiga-tiga lensa.

Siri Realme 15 memperkenalkan Mod Parti AI, algoritma pintar yang menangkap potret dan gambar kumpulan dengan warna semula jadi dan kejelasan memukau, biarpun dalam pencahayaan suram.

Dilengkapi kesan cahaya bersinar dan tera air foto berwarna-warni, setiap momen pesta kekal abadi. Teknologi AI MagicGlow 2.0 pada panel belakang pula membolehkan pelarasan cahaya hangat atau sejuk, sesuai untuk setiap suasana.

Lebih menarik, Siri Realme 15 memperkenalkan AI Edit Genie pertama di dunia – fungsi penyuntingan imej berasaskan suara yang membolehkan pengguna menambah atau mengalihkan objek, menukar warna subjek, atau meningkatkan tona warna keseluruhan dan sebagainya dengan mudah. Ciri ini menyokong Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin, dan pelbagai bahasa utama lain.

Kedua-dua model ini dilengkapi bateri gergasi 7000mAh, sedia untuk 22 jam menonton YouTube atau hampir 10 jam bermain Mobile Legends: Bang Bang tanpa henti. Apabila tiba masa untuk pengecasan, teknologi 80W Ultra Charge mampu mengisi bateri sehingga 50% dalam masa 25 minit sahaja.

Dengan harga pasaran Realme 15 5G hanya RM1,499 (12GB+256GB) dan Realme 15 Pro pada RM1,799 (12GB+256GB) atau RM2,099 (12GB+512GB), siri ini menawarkan pengalaman eksklusif yang boleh diakses oleh pelbagai pihak. Dari malam yang epik hingga detik harian yang istimewa, hiduplah dengan nyata, tingkatkan tenaga, dan biarkan ‘pesta’ bermula.

-NIAGATIMES

realme15.jpg