Agthia Group PJSC mendedahkan strategi jangka panjang mereka untuk menjadi sebuah pemimpin industri makanan dan minuman (F&B) di rantau Timur Tengah, Afrika Utara dan Pakistan (MENAP) menjelang tahun 2025.
Kumpulan itu berkata, strategi tersebut dibina berdasarkan tiga tonggak strategik dan ia dirancang untuk memperluaskan kepimpinan pasaran Agthia dalam menyediakan nilai yang signifikan bagi semua pihak berkepentingan dan terus mendorong pertumbuhan keuntungan dengan satu pendekatan yang berpusatkan pengguna.
Pengerusi Kumpulan Agthia, Khalifa Sultan Al Suwaidi berkata, strategi itu akan memanfaatkan potensi sepenuhnya bagi keupayaan luar biasa yang telah dbina pihaknya.
“Ia mewujudkan peluang-peluang yang lebih besar bagi rakyat dan bertindak sebagai satu pemangkin bagi kami untuk sekali lagi menetapkan tanda aras baharu di dalam industri F&B,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agthia, Alan Smith menjelaskan bahawa strategi mereka berasal daripada satu penilaian mendalam mengenai perniagaan itu dan satu visi yang jelas berhubung sasaran ingin dituju.
“Kami akan terus bersikap lebih padu, melindungi perniagaan teras kami dan memastikan bahawa kemajuan kami adalah tangkas dan berjalan dengan pantas,” ujarnya.
Organisasi yang berpusat di Abu Dhabi itu terlibat di dalam bidang pembuatan, pengedaran dan pemasaran bagi pelbagai jenis produk F&B, termasuk jenama serantau yang popular seperti Al Ain (air), Al Foah (kurma), Al Faysal Bakery & Sweets (membuat roti) dan Grand Mills (tepung dan membuat roti) antara lain.
-NIAGATIMES