AppGallery Huawei kukuh peranan lonjak bisnes rakan kongsi global

Huawei pada hari ini telah berkongsi berita terkini yang penting tentang AppGallery pada Persidangan Pembangun Huawei 2020.

Semasa menyampaikan ucaptama, Presiden Global Partnerships dan Eco-Development di Huawei Consumer Business Group, Wang Yanmin menyenaraikan pencapaian AppGallery pada tiga suku pertama tahun 2020, menggariskan sokongan komprehensif yang diberikan Huawei kepada rakan kongsi globalnya dan berkongsi kisah kejayaan untuk memberi inspirasi kepada para pembangun.

“Walaupun dengan cabaran yang semakin meningkat, AppGallery dan ekosistem Huawei Mobile Services (HMS) terus menunjukkan kemajuan tahun ini, terima kasih kepada rakan kongsi global kami.

“Dengan sokongan dan pengiktirafan yang kukuh ini, kami akan terus melabur dalam ekosistem sementara kami membina salah satu daripada tiga platform agihan aplikasi utama di dunia.

“Kami yakin bahawa semakin kami meneruskan kerjasama dengan rakan kongsi, kami dapat membantu mereka untuk berkembang dan mencapai matlamat perniagaan mereka, terutama nama-nama popular tempatan yang ingin berkembang ke pasaran global yang lain,” katanya.

AppGallery kini memberi tumpuan untuk memenuhi pelbagai keperluan 490 juta Pengguna Aktif Bulanan (MAU) di lebih 170 buah negara dan wilayah.

Pada separuh pertama tahun 2020, muat turun aplikasi pengguna telah mencecah 261 bilion, menunjukkan pertumbuhan populariti pasaran aplikasi ini di kalangan pengguna.

Pada masa ini, 1.8 juta pembangun di seluruh dunia telah menyertai ekosistem Huawei Mobile Services dan lebih daripada 96,000 aplikasi telah bergabung dengan HMS Core di seluruh dunia, yang menawarkan pengalaman lebih unik kepada pengguna.

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.