BRI promosikan pendigitalan PMKS Indonesia di UMKM Expo(rt) Brilianpreneur 2021

Bank Rakyat Indonesia (BRI) melangsungkan UMKM Expo(rt) Brilianpreneur tahun ini dalam format digital sepenuhnya mulai 9 hingga 16 Disember 2021. Program ini akan meraikan pengunjung dengan pengalaman 3D daripada 500 Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) yang dipilih susun, menjadikannya bazar maya terbesar yang dianjurkan oleh BRI.

Acara ini akan mempamerkan kawasan bertema luar dengan menonjolkan lima destinasi pelancongan Indonesia iaitu Raja Ampat (Papua Barat), Borobudur (Jawa Tengah), Toba (Sumatera Utara), Ubud (Bali) dan Tanjung Kelayang (Belitung).

“BRI telah menyokong PMKS Indonesia untuk berkembang sebagai sebuah perniagaan mantap dan menuju global untuk bersaing dalam pasaran antarabangsa.

“Sebagai agen pembangunan, Brilianpreneur merangkumkan komitmen untuk menyediakan peluang yang sangat besar kepada PMKS bagi mencapai matlamat ini,” kata Pengarah Presiden BRI, Sunarso.
BRI bermatlamat untuk mencapai sasaran transaksi berpotensi sebanyak US$65J (RM275 juta) tahun ini.

Untuk merealisasikannya, BRI telah melaksanakan inisiatif ‘Go Digital’ untuk memilih PMKS termasuk bengkel digital, latihan Go Online dan kolaborasi dengan pasaran seperti Shopee dan PADI UMKM.

Brilianpreneur 2021 akan turut menampilkan MSMEs x Designer Auction maya 10 hasil kerja pereka, yang mana hasil kutipan akan disumbangkan kepada Sahabat UMKM Foundation.

Rancangan bual bicara akan disiarkan secara langsung di laman sesawang. Pengunjung boleh belajar daripada pihak berkepentingan pakar, dengan topik-topik bermula daripada pemasaran global hingga prosedur undang-undang dan inkuiri pentadbiran untuk mengeksport produk ke luar negara.

Untuk mengambil bahagian dalam pameran maya, mendaftar atau memuat turun katalog, kunjungi www.brilianpreneur.com.

-NIAGATIMES

BRI.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.