Kerjasama Huawei Ads rancakkan industri pengiklanan mudah alih Malaysia

Bahagian pengiklanan mudah alih oleh Huawei, Huawei Ads mengumumkan bahawa ia telah menyertai Malaysian Digital Association (MDA) sebagai ahli dan turut menandatangani perjanjian perkongsian dengan syarikat pelaburan media, GroupM, yang mana pihak ini akan berperanan sebagai rakan agensi bertauliah untuk memacu jualan pengiklanan di Malaysia.

Hubungan yang diperkukuh dengan badan industri dan jenama pengiklanan terkemuka tempatan ini, membantu organisasi-organisasi untuk memanfaatkan kekuatan satu sama lain dan membolehkan Huawei Ads menyumbang kepada pertumbuhan industri teknologi pengiklanan (adtech) di Malaysia.

Pada awal bulan Disember, Huawei Ads dijemput sebagai panel di sebuah program dalam talian yang berkongsi mengenai teknologi baru muncul di Malaysia, Digital Wednesday MDA.

Semasa berlangsungnya sesi tersebut, wakil Huawei menyebut tentang titik sentuh berbilang digital yang disediakan dalam ekosistem mudah alih Huawei yang dapat membantu jenama-jenama mendekati khalayak baharu dengan berkesan dalam dunia yang ‘hiper’ terhubung ini.

Selain mengambil bahagian dalam gabungan industri ini, Huawei Ads turut memeterai perkongsian dengan GroupM, syarikat induk untuk agensi-agensi digital terkemuka seperti Wavemaker, Mindshare, Mediacom dan m/SIX.

Sebagai Agensi Bertauliah Huawei Ads, GroupM dan agensi-agensinya akan mendapat akses eksklusif kepada pilihan inventori yang tersedia melalui Huawei Ads di Malaysia.

“GroupM ialah salah satu jenama yang paling terkenal dalam bidang pengiklanan digital dengan rekod pencapaian dan bahagian pasaran yang kukuh. Perkongsian ini akan membolehkan kami mendedahkan penyelesaian iklan berbeza kami kepada pengiklan GroupM semasa dan yang berpotensi,” kata Pengarah Ekosistem Peranti Huawei Malaysia, Rei Xiao.

-NIAGATIMES

PHOTO-CREDIT-Huawei.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.