Pelan Penggalakan Seoul (SPP) 2021

Agensi Perniagaan Seoul (SBA, Ketua Pegawai Eksekutif Jang Young-seung), sebuah organisasi yang menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang meningkatkan daya saing bagi industri kandungan kebudayaan Seoul, mengumumkan bahawa ia mengadakan pasaran kandungan antarabangsa ‘SPP 2021’ secara dalam talian bermula hari ini hingga 30 Julai.

‘SPP (Pelan Penggalakan Seoul)’, satu pasaran yang mengkhususkan diri dalam animasi, karakter, kartun animasi atau webtoon, dan kandungan permainan, adalah merupakan pasaran terbesar di Korea di mana pelbagai perniagaan yang berkaitan dengan kandungan, seperti membeli hak cipta, penerbitan bersama, dan tarikan pelaburan, dilakukan.

Pada penganjuran tahun lalu, 619 syarikat, termasuk syarikat global seperti Disney dan Tencent, telah turut serta dan 4,092 kes pemadanan perniagaan dibuat, pencapaian terbesar dalam sejarah walaupun ia diadakan secara dalam talian disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Kejayaan ‘SPP’ ini adalah pencapaian luar biasa bagi platform dalam talian itu. Dengan memperkenalkan satu sistem dalam talian secara terdahulu pada tahun 2017, SPP telah menyediakan peluang pemadanan perniagaan berkualiti tinggi kepada syarikat kandungan domestik dengan fungsi penjadualan termaju mereka yang membolehkan pengaturan pertemuan terlebih dahulu dan fungsi penayangan dalam talian yang membolehkan untuk melihat kandungan video terlebih dahulu.

SPP connect, yang baharu diwujudkan tahun ini, telah meningkatkan kemudahan pengguna dengan melaksanakan fungsi utama yang diperlukan bagi perniagaan tanpa sentuh seperti penyelesaian cadangan berasaskan AI dan penyelesaian persidangan video selain untuk memajukan penjadualan dan penayangan dalam talian.

Dalam SPP 2021, di mana SPP connect akan diperkenalkan buat pertama kalinya, pelbagai program perniagaan kepada perniagaan (B2B) seperti pemadanan perniagaan dalam talian, penyampaian idea perniagaan, pameran, dan acara promosi akan berlangsung.

Asia Animation Alliance akan memperkukuhkan jaringan perniagaan kandungan di antara negara-negara Asia melalui pameran animasi baharu dari Korea, China, Jepun, India, dan negara-negara ASEAN dan sesi taklimat untuk berkongsi trend pasaran animasi di setiap negara.

Dalam sesi taklimat pasaran itu, di mana pelbagai negara Asia, termasuk Korea, China, Jepun, India, Thailand, Myanmar, Vietnam, Indonesia, dan Filipina mengambil bahagian, anda boleh menyemak status dan visi terkini bagi industri animasi di pelbagai negara Asia.

Di samping itu, dalam Global Ignite, satu acara promosi yang diterajui korporat, sesi bermanfaat disediakan untuk penerbitan, pemasaran, teknologi, dan pelaburan dalam bidang kandungan termasuk animasi.

Sesi itu termasuk studio animasi golongan muda Korea, yang sedang berkembang pesat; sesi taklimat oleh studio yang mengkhususkan diri di dalam animasi; dan satu sesi untuk memperkenalkan dasar animasi dan status dana di Kanada.

Maklumat lanjut mengenai SPP 2021, yang diadakan dari 12 hingga 30 Julai, boleh diperolehi di laman web SPP connect (www.spp.kr).

-NIAGATIMES

SPP-2021.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.