5 tangga usahawan. Anda di kedudukan mana?

Setiap perniagaan mempunyai tahap masing-masing. Tidak kira kecil atau besar, untung banyak atau sedikit, kesemuanya dipisahkan berdasarkan kedudukan ‘tangga’ yang membezakan hala tuju usahawan terlibat. Ambil masa dan fikir sejenak, anda tergolong di tahap yang mana satu?

(1) Permulaan
Usahawan separuh masa yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan. Kebanyakan usahawan tahap ini lebih menggerakkan perniagaan secara sembunyi dan tidak mengikut saluran yang betul. Ada sesetengahnya pula sekadar suka-suka hanya ingin menambah pendapatan.

(2) Milikan tunggal
Usahawan yang berada di tahap ini majoritinya terdiri daripada usahawan muda yang baru berjinak-jinak di dalam dunia perniagaan. Modal dan aliran keluar wang perniagaan juga berbeza iaitu tidak melibatkan kos yang besar. Seperkara yang pasti adalah mereka telah sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Selain itu, bilangan pekerja juga sangat kecil sehinggakan ada yang lebih selesa bergerak secara individu.

(3) Bos
Kedudukan yang sedikit berubah apabila bilangan pekerja mula bertambah. Pada tahap ini, usahawan terbabit lebih gemar memberi arahan dan banyak mengawal aliran kerja syarikat kepada pekerja-pekerja di bawahnya. Pada sesetengah masa pula, ada juga bos yang terpaksa bertindak melakukan tugas-tugas pekerjanya yang kurang sempurna. Nasib badan!

(4) CEO
Pandangan serta hala tuju usahawan di kedudukan ini lebih jelas dan berwawasan. Tidak banyak tekanan diterima kerana tugas-tugas pekerja lebih banyak diserahkan kepada penyelia dan ketua unit di bawah. Kedudukan syarikat yang stabil juga mendorong anda yang berada di tahap ini untuk menjana lebih produktiviti demi mengembangkan perniagaan.

(5) Korporat
Kedudukan paling tinggi yang diidam-idamkan oleh semua usahawan. Produk dan jenama usahawan di peringkat ini cukup berpengaruh dan dikenali ramai. Walaupun kurang meluangkan masa dengan pekerja-pekerja, anda dianggap idola yang sentiasa dinanti-nanti kelibatnya. Usahawan tahap korporat juga tidak takut untuk gagal dan berani berdepan pelbagai risiko.

5 tangga uswn.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.