Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP)

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) bakal menganjurkan program Jom Ubah Minda Peniaga (JUMP) secara dalam talian pada 25 dan 26 Mei 2021, minggu hadapan.

Program yang diadakan secara percuma ini bertujuan memberi bimbingan dan pendedahan kepada usahawan bagi memasarkan produk dan perkhidmatan di platform e-dagang iaitu Pybli.

Peserta-peserta yang terlibat kelak akan mendapat manfaat seperti Pendaftaran secara percuma untuk platform e-dagang Pybli, tidak dikenakan caj komisen untuk setiap transaksi, diberi latihan dan bimbingan portal e-Pybli secara percuma, bimbingan kepada yang berminat untuk kembangkan perniagaan ke arah francais secara percuma serta aktiviti pemasaran dan promosi secara meluas.

Untuk pendaftaran, anda boleh mengimbas Kod QR yang terdapat di atas atau juga di hantaran laman-laman sosial MEDAC.

Sebarang pertanyaan lanjut pula bolehlah hubungi pegawai MEDAC di talian 019-663 3100 (Puan Nur Azzatun) dan 013-992 2159 (Puan Sharifah Liyana).

-NIAGATIMES

MEDAC-JUMP.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.