Kementerian Indonesia pergiat usaha tingkat kapasiti PMKS, lahir usahawan baharu

Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil Sederhana Indonesia kini mempergiatkan usaha bagi meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dengan menggalakkan lagi kapasiti perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menurut laporan portal Akurat.co.

Setiausaha kementerian berkenaan, Profesor Rully Indrawan dalam satu kenyataan berkata, usaha tersebut termasuklah inisiatif melahirkan usahawan-usahawan baru.

“Kita akan tumpu kepada generasi usahawan baru dengan kebanyakan daripada mereka kita sasarkan golongan mahasiswa dari kampus,” katanya.

Tambah Rully, mahasiswa kini juga perlu mengubah mentaliti sebagai pencari kerja sebaik sahaja tamat pengajian masing-masing, sebaliknya perlu cenderung untuk menjadi ahli perniagaan atau usahawan.

“Untuk menjadi usahawan dalam lapangan ekonomi kreatif perlulah mempunyai potensi besar. Bagi mendapatkan kreatif, kita harus keluar dari kotak atau berbeza daripada orang lain.

“Di samping menjadi kreatif, keperluan untuk menjadi seorang usahawan juga memerlukan optimistik dan keyakinan yang tinggi,” jelasnya.

Menurut Rully, beberapa halangan kepada pembangunan PMKS sebanyak 22 peratus terdahulu seperti yang berlaku pada tahun 2014 melibatkan tahap perbankan, termasuk Kredit Perniagaan Rakyat (KUR) kini tidak lagi berlaku setelah mencatat penurunan menjadi 7 peratus.

Malah, kerenah birokrasi yang dahulunya menyukarkan dan merumitkan, telah menjadi lebih mudah dan lebih pantas dengan adanya Perisian Sumber Terbuka (OSS).

Rully-Indrawan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.