Menteri Thailand gesa PKS segera adaptasi 5G

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Thailand digesa untuk segera menerima teknologi telekomunikasi 5G dengan mengadaptasinya dalam operasi perniagaan masing-masing atau memilih untuk mengabaikannya dan terus ketinggalan, kata Menteri Pengajian Tinggi, Sains, Penyelidikan dan Inovasi, Suvit Maesincee.

Memetik laporan Bangkok Post, beliau berkata, penggunaan 5G yang semakin meluas di peringkat global wajar menjadi batu loncatan kepada pemain industri untuk turut tidak terkecuali memanfaatkan medium berkenaan sebagai pemudahcara operasi peniagaan secara lebih pantas dan berkesan.

“Terdapat satu pelan tindakan yang berterusan untuk perancangan dan pelaksanaan 5G di seluruh dunia. Thailand perlu menerima 5G dengan segera, jika tidak kita akan tertinggal. Negara-negara jiran seperti Vietnam contohnya kini sudah mempunyai pelan pelaksanaan 5G,” kata Suvit pada seminar 5G PKS, baru-baru ini.

Menurut Suvit, 5G berupaya membantu perniagaan dan usahawan mencapai inovasi, terus mengubah model perniagaan serta mewujudkan pasaran dan bidang baharu kerana kapasiti teknologi yang lebih tinggi, iaitu 100 kali dari 4G terdahulu.

“PKS perlu berfikiran luas dan mempunyai minda baru untuk membina ekosistem. Kita memerlukan rakyat yang mempunyai kemahiran lengkap dan buah fikiran baharu untuk mencipta semula negara kita,” katanya.

Suvit-Maesincee.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.