Koperasi UKM Selatan Indonesia komited untuk terus melaksanakan program sekolah keusahawanan muda yang dikenali sebagai Sekolah Usahawan Muda Sulsel (YESS) bagi menggalakkan penglibatan belia dengan semangat keusahawanan.

Memetik laporan Tribun-Timur.com, pelajar-pelajar YESS telah dijemput untuk memahami industri perniagaan melalui model permainan perniagaan ‘kitaran perniagaan asas’ di sekolah berkenaan yang terletak di wilayah Makassar, baru-baru ini.

Permainan perniagaan itu adalah sebahagian daripada modul keusahawanan ‘Memulakan dan Meningkatkan Perniagaan Anda’ yang dibangunkan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dengan tumpuan terhadap aspek pengetahuan mengenai kitaran asas perniagaan dan cara menggunakan modal terbaik.

Fasilitator YESS, Bahrul Ulum llham berkata, model permainan tersebut tutut menitikberatkan beberapa elemen perniagaan yang lain seperti mengekalkan aliran tunai positif, kepentingan rakaman, kerjasama dalam pasukan perniagaan, kepentingan perancangan kewangan untuk perniagaan serta keperluan harian dan simpanan.

“Permainan ini sangat menarik kerana ia menyediakan pengalaman praktikal untuk pelajar dalam menjalankan perniagaan di dalam bilik latihan,” katanya.

Kelas-YESS-Kredit-foto-citizen-reporter-Tribun-Timur.jpg