Usahawan mikro, PKS e-dagang dapat suntikan pembiayaan Aspirasi

0
72

Usahawan mikro berserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjalankan perniagaan secara e-dagang di platform Lazada khususnya bakal mendapat suntikan tambahan bagi operasi perniagaan masing-masing setelah anak syarikat kepada Axiata Digital, Aspirasi memulakan langkah untuk menjalin kerjasama.

Aspirasi yang merupakan medium pembiayaan mikro dan pembekal perkhidmatan fintech akan bertindak menaikkan potensi pertumbuhan peniaga di bawah Lazada Malaysia dengan akses menyeluruh bagi perkhidmatan kewangan digital secara cepat dan mudah.

Pengarah Aspirasi, Sheyantha Abeykoon dalam satu kenyataan berkata, peniaga akan menikmati pembiayaan mudah dengan insurans percuma, rebat tunai setelah selesai pembayaran balik, sifar caj penyelesaian awal, keputusan pembiayaan segera dan wang tunai dalam akaun peniaga dalam tempoh 48 jam bagi promosi yang sedang berlangsung hingga 31 Disember nanti.

“Kerjasama dengan Lazada Malaysia akan membolehkan kami bekerjasama dalam membantu peniaga dengan menyediakan akses penyelesaian kewangan yang tidak tersedia menerusi sektor tradisional.

“Dengan penyelesaian pembiayaan mikro lancar Aspirasi, peniaga di platform itu boleh mengambil peluang perniagaan berskala dengan yakin,” katanya.

Aspirasi.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.